Selasa, 19 Februari 2013

PANAS!! Sah Dr. Haron Din dan Harun Taib Tinggalkan PAS! @abdulhadiawang


Kuala Lumpur, 18 Feb - ''...tetapi apa kesan kepada masyarakat? Orang Islam masih ada yang menyokong. Dia dengar saya agak bertegas sikit, mereka hantar SMS (khidmat pesanan ringkas) maki saya... sempit fikiran, tak faham situasi, tak reti bahasa. Tak apa... tidak mengapa.

''Tetapi macam mana boleh kita terima? Apa tujuannya orang Kristian nak terjemah Bible mereka daripada 'god' kepada Allah? Apa tujuan mereka? - Dr Haron Din 


Timbalan Mursyidul Am Pas Dr. Haron Din terus mempertahankan kalimah Allah sehingga akhir hayatnya tanpa memikirkan lagi mengenai parti PAS yang ingin berkuasa memerintah Malaysia. Melihat kepada keadaan ini Dr. Haron Din akan meninggalkan PAS kerana hala tuju PAS kini telah terpesong jauh daripada matlamat asal selepas bekerjasama dengan kafir harbi DAP dan parti liberal PKR. 

Dr. Haron Din baru-baru ini yang berceramah di Taiping Perak sekali lagi menegaskan akan mempertahankan Kalimah Allah sehingga akhir hayatnya. 

Dr. Hassan Ali yang merupakan bekas EXCO Selangor dan kini Presiden NGO Jati pastinya gembira dengan tindakan Dr. Haron Din dan kemungkinan besar Dr. Haron Din akan bergabung bersama-sama Dr. Hassan Ali bagi mempertahankan agama Islam daripada dilacurkan oleh PAS. 

Dato' Harun Taib dan Ustaz Nasha juga bakal mengikut jejak Dr. Haron Din meninggalkan PAS setelah kecewa dengan Presiden PAS yang tidak mampu mempertahankan Kalimah Allah. 


p/s - Semakin ramai ulama tinggalkan PAS dan kini dalam PAS hanya puak Anwarisnas. 

Rabu, 26 Oktober 2011

10 Perkara yang Israel tidak mahu kita tahu


1) Israel merupakan salah satu pembekal rokok terbesar dunia, namun rakyatnya tidak digalakkan menghisap rokok yang mereka cipta kerana mereka tahu akan bahana dalam kandungannya!.

2) Israel mempunyai kepakaran dalam mencipta vaksin dan mahir dalam ilmu perubatan, namun ilmu itu hanya untuk orang luar, kerana mereka tahu bahan kimia yang terdapat dalam ubat akan merosakkan untuk satu jangka masa panjang. Penduduk israel sendiri menggunakan Habbatus Sauda dalam perubatan harian.

3) Taktik kaum ibu di Israel ketika mengandung ialah si ibu/ isteri akan mendengar si suami membaca, menyanyi atau mereka akan menyelesaikan masalah matematik bersama-sama untuk mendapat bayi yang bijak dan petah kerana pada ketika ini fikiran dan perasaan si isteri adalah bersambungan dengan anak dalam kandungan berbanding anda bercakap padanya di perut.

4) McDonald di israel telah membuat pengubahsuaian contohnya dari segi minuman. Mereka menggantikan kopi berkafein kepada teh yang mengandungi polyphenols, iaitu unsur kimia yang berfungsi sebagai antioksidan berkekuatan besar untuk membuang sel rosak dan mencegah kanser. Kita disini masih lagi menggunakan KAFEIN BERBAHAYA!

5) Di Israel, mereka akan memakan buah-buahan dahulu sebelum memakan makanan utama. Ini kerana hakikatnya dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. Sedangkan disini kita dimomokkan dengan memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut.

6) Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsha dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?

7) Majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara Arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara Arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri dan antisipasi?

8 ) Di Palestin, penduduk kristian Palestin dan Palestin Muslim bersatu melawan penjajah yahudi

9) Pelajar-pelajar di sekolah dilatih dengan taktik ketenteraan dalam bersukan seperti menembak dan mamanah bagi melatih otak memfokus sesuatu perkara dan mempersiapkan diri jika perkhidmatan diperlukan dimasa akan datang.

10) Hosni Mubarak merupakan tulang belakang Israel dan Amerika selama 30 tahun!

Rabu, 19 Oktober 2011

AGENSI PERISIKAN MALAYSIA


1. Untuk menjamin keamanan, negara harus mempunyai jaringan perisikan yang cekap. Untuk menjamin kedaulatan, negara harus mempunyai pertahanan yang kuat. Mudah sahaja formulanya.

2. Asas kepada jaringan risikan yang kuat di Malaysia terletak kepada pihak tentera, badan kerajaan dan sumber pendapatan dari syarikat-syarikat kerajaan yang mempunyai dana yang kaya raya.
3. Saya rasa lucu apabila ada pihak yang menimbulkan isu “wang rakyat”, apa wang rakyat ini? saya yakin melalui dasar penswastaan yang diperkenalkan negarawan seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, syarikat kerajaan atau GLC mampu memberi dana jutaan ringgit kepada kerajaan Malaysia (tak payah pakai wang rakyat, duit anda selamat dalam bank dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) anda.
4. Bukan mudah untuk mendapatkan perkara yang saya sebut pada Para 1 di atas kerana belanjanya sangat mahal. Memang menjadi metaliti rakyat Malaysia yang liat untuk membayar insuran kerana kepentingan perlindungan insuran tidak akan kelihatan faedahnya kecuali selepas kemalangan atau bencana berlaku.
5. Contoh mudah, kita memang pening kepala apabila tiba untuk mengeluarkan duit bagi membayar insuran kereta kita dan kita (khususnya orang Melayu) tidak berminat pula kepada pelaburan yang berasaskan insuran.
6.  Ini sangat berbeza dengan negara maju seperti Singapura, yang beranggapan belanjawan pertahanan dalam dan luar merupakan satu perlindungan insuran kepada keamanan dan kemajuan republik tersebut.
7. Ada beberapa pihak yang menjalankan urusan perisikan di dalam negara dan ini termasuklah beberapa agensi dalam kementerian kerajaan, Unit Cawangan Khas Polis Di Raja Malaysia (PDRM) atau Special Branch, Kor Risik, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, cabang laut dan udara Angkatan Tentera Malaysia dan elemen-elemen dalam Kementerian Dalam Negeri serta Jabatan Perdana Menteri Malaysia.
8. Elemen risikan luar dan dalam negara terletak pada bahu agensi perisikan sepertiMalaysia External Intelligence Organisation (MEIO), SB dan Kor Risik yang mengumpul maklumat dari luar negara untuk dikumpul dan dikaitkan dengan beberapa isu dalam negara yang turut dihimpun oleh agensi yang sama atau agensi yang lain yang mengutip maklumat dari sumber tempatan.
9. Dari pihak awam, jaringan risikan (network kepada agensi risikan sebenar) akan menyalurkan maklumat kepada Jabatan Perdana Menteri misalnya terdiri dari Bahagian Hal Ehwal Khas (JASA), KEMAS, Biro Tata Negara dan individu yang dilantik secara khusus yang dikenal pasti sebagai sangat patriotik dan lulus tapisan keselamatan yang ketat, mereka ini kebanyakkan terdiri dari bekas anggota tentera khususnya komando.
10. Maklumat risikan ini diperolehi dari sumber berbentuk risikan manusia (Humint), risikan semboyan (Signint) dan elektronik (Elint) dan dibantu oleh pihak-pihak yang pakar untuk menganalisa maklumat data, pakar psikologi dan mereka yang mahir dan dipanggil Cobler (pakar memalsukan dokumen) untuk tujuan penetrasi.
11. Sebagaimana agensi risikan di luar negara, belanjawan keselamatan Malaysia dibantu oleh bajet yang datang secara rasmi seperti belanjawan untuk PDRM, Angkatan Tentera Malaysia dan bajet clandestine dari keuntungan syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) seperti Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Tenaga Nasional Berhad dan banyak lagi.
12. Peranan risikan dalam Malaysia sebenarnya lebih hebat dari filem Mission Impossible dan jika anda teliti, tahun lepas ada iklan di dalam web JPM di mana “Pakar Peperangan Elektronik” diperlukan, jika kita fikir secara logik mengapa sebuah jabatan milik Perdana Menteri memerlukan pakar peperangan elektronik. Sudah tentu kepakaran ini disalurkan kepada agensi risikan keselamatan di bawah naungannya seperti MEIO.
PERALATAN
13. Seperti mana-mana agensi risikan lain, penyampaian maklumat risikan terhadap kerajaan Malaysia dibuat juga melalui peralatan yang canggih dan tidak berapa canggih (tidak mudah dihack) dan ini memerlukan mesin-mesin yang mampu membuat Chiper dan Dechiper (sama ada model yang terkini atau yang diguna sejak dari zaman komunis lagi).
14. Ada perlatan yang dihasilkan oleh saintis dan individu yang terkenal di Malaysia (nama tak payah sebut) untuk mencipta gajet-gajet yang diperlukan sama ada sistem untuk debugging atau surveillance dan communication interceptor.
15. Saya tidak pasti jika ini benar tetapi gergasi pengeluar telefon (nama tak payah sebut)  ada menjual produk alat telekomunikasi yang harganya mencecah sehingga puluhan ribu ringgit untuk kegunaan agensi perisikan kita.
16. Kenderaan yang dipakai adalah pelbagai jenis dan beraneka ragam termasuklah van-van dari agensi pelancongan yang tidak pernah wujud tapi yang paling popular adalah teksi.
ANCAMAN DALAM NEGARA
17. Secara am, ancaman dalam negara wujud dari pelbagai pihak yang ditaja oleh anasir clandestine dari luar seperti MOSSAD, CIA, M16, SIS, SID serta elemen sulit risikan Singapura yang mengandungi elemen korporat, kewangan dan pengumpulan data ketenteraan serta politik.
18. Ancaman dari negara luar seperti Thailand dan Indonesia berada di bawah tahap terendah (mereka dianggap negara sahabat).
19.Ancaman datang dari perbagai bentuk seperti sabotaj ekonomi, keamanan, politik, memburukkan imej negara dan pelbagai unsur subversif yang lain.
20. Saya tidak pasti jika kisah ini benar, semasa kru filem The Entrapment membuat shooting di Kuala Lumpur, kru yang terdiri dari segelintir agen CIA ada memasang beberapa peralatan elektronik (listening bug) di KLCC dan Menara KL Tower.
21.Muslihat mereka berjaya dikesan, sejak itu sangat kurang atau tiada syarikat filem Hollywood membuat shooting filem di Malaysia. Saya bagaimanapun mengandaikan cerita ini hanya “rumours” sahaja dan belum pasti kebenarannya.
22.Segala pusat ancaman berpengkalan di Singapura yang menjadi pintu masuk ke dalam negara ini.
23. Ada unsur-unsur yang memberi petunjuk bahawa terdapat tajaan kepada kekacauan di dalam negara yang sedang ditimbulkan oleh anasir-anasir dari parti pembangkang dan juga anasir halus dalam Umno.
24. Usaha juga sedang dibuat untuk menjatuhkan Raja-raja Melayu, kejatuhan mereka akan mengorak langkah Malaysia menjadi sebuah republik dan sesiapa pun boleh menjadi Ketua Negara (kalau rakyat negara ini sudah dididik untuk tidak menghormati ketua negara, perdana menteri…kita nak dengar cakap siapa dan kalau cakap mufti pun kita boleh perlekehkan, kita nak dengar cakap siapa lagi? Akhirnya semua pemimpin yang bernama Melayu dan Islam akan ditolak ke tepi dan ketika itu barulah kita tahu tetapi kita sudah terlambat kerana kebodohan kita sendiri.
25. DAP mungkin menjadi platform terbaik untuk kejatuhan sebuah kerajaan Melayu Islam seperti Malaysia. Anwar Ibrahim hanyalah boneka, persoalan terbaik, siapa yang pasang kamera video tempat Anwar bermukah dengan pelacur Cina? Siapa pemilik tempat itu dan tujuan kamera di pasang? (Maaf, kalau betul lah Anwar, harap-harap bukan). Polis sepatutnya siasat siapa pemilik tempat itu sebenarnya.
26. Itu baru sebahagian, baru ancaman dalam politik, belum lagi ancaman dan sabotaj terhadap ekonomi dan kewangan negara serta pelbagai ancaman halus yang disasar untuk mengurangkan jati diri orang Melayu dan Islam di negara ini.
27.Masalahnya, siapa pun elemen luar, mereka masih gagal mengkaji siapa orang Melayu sebenar. Gagal mengkaji psikologi orang Melayu dan mereka menyangka, orang Melayu ini sama macam bangsa Arab.
28.Jika unsur-unsur provokasi gagal diwujudkan melalui dalam negara, ada kemungkinan ia akan naik ke tahap yang lebih tinggi seperti peperangan dengan negara luar serta sebagainya.
ANCAMAN LUAR NEGARA
29.Untuk melemahkan Malaysia, negara ini perlu disisihkan dari sahabat terdekatnya iaitu Indonesia.
30.Kesatuan dan kerapatan kedua-dua sahabat ini harus digoyah melalui beberapa isu yang mungkin sebenarnya diapi-apikan oleh pihak ketiga.
31.Perkara ini pernah di sahkan oleh Atase Pertahanan di Kedutaan Indonesia, Kuala Lumpur yang berpendapat ada pihak ketiga yang cuba meruntun hubungan di antara kedua-dua negara.
32.Jika wujud pihak ketiga ini, sudah pasti mereka mempunyai dana yang cukup besar, pusat operasi dan kontek di dalam struktur pemerintahan serta korporat di kedua-dua negara.
33.Syukur kerana Indonesia mempunyai Presiden yang sangat berpengaruh dan bakal membawa negara republik itu ke arah masa depan yang lebih baik, sebagai mantan seorang pegawai pemerintah tentera, Bambang Susilo pantas menganalisa keadaan yang berlaku dan tidak dengan cepat menghalakan muncung Sukhoinya  ke arah Kuala Lumpur.
34.Indonesia sendiri mempunyai pengalaman pahit, bagaimana agen-agen luar ini cuba menghancurkan negara besar itu dan saudara pembaca tentu masih ingat pada tahun 1990an, Indonesia digelar “Naga Kecil Asia” kerana kemajuan ekonominya malah mempunyai perusahaan membuat kapal terbang sendiri tetapi sekelip mata ia hancur apabila wujud gerakan reformasi yang kononnya mendukung hak rakyat dan mahasiswa.
35.Bermula dari gerakan reformasi ini, musuh Indonesia berjaya memisahkan Timor Leste dengan tujuan untuk terus meranapkan kekuatan republik yang majoriti penduduknya beragama Islam.
36.Sama-samalah kita berdoa, agar rasa persahabatan yang akrab di antara kedua negara ini terus terjalin dan rakyat mereka dan kita sedar bahawa ada proses untuk melaga-lagakan kedua negara ini agar terus kekal bermusuh.
37.Pada masa sekarang, potensi Malaysia untuk berperang dengan negara luar berada pada tahap sifar dan jika berlaku, saya letak dalam tempoh 10 hingga ke 50 tahun akan datang melalui krisis dengan Singapura atau China.
38.Saya enggan mengulas mengenai krisis yang mungkin melibatkan negara-negara yang saya sebut tadi kerana jika anda peminat blog saya, saya ada mengulas mengenai hal-hal di atas dan jika anda peminat pertahanan dan mencintai negara anda, sudah tentu anda ada mengikuti perkembangan dunia ketenteraan di rantau ini dan sedar apa yang sedang berlaku.

TANPA AWACS, TUDM AKAN GUGUR SEPERTI KELKATU


Gambar di atas merupakan contoh pesawat AEW&C terbaru Singapura
1. Saya menulis analisis ini memandangkan terlalu ramai kawan yang bertanya kepada saya mengenai AEW&C (Airbore Early Warning Control) atau lebih popular di kalangan mulut rakyat Malaysia secara ringkasnya, AWACS.
2. Tentera Udara di Raja Malaysia (TUDM) sebenarnya telah meletakkan kepentingan AEW&C sebagai keutamaan selama beberapa dekad malah pada tahun 80an, TUDM hampir membeli pesawat AWACS Sentry dari Amerika Syarikat.
3. Pembelian itu bagaimana pun terbatal (sebab-sebab dibatalkan tidak diketahui) sebaliknya beberapa wartawan dari media tempatan telah dipanggil oleh Bukit Aman selepas mereka membocorkan hasrat TUDM itu.
4. Saya tidak jelas mengapa pembelian ini menjadi isu sensitif kerana ketika itu saya masih bersekolah rendah tetapi seorang penganalisis pertahanan yang saya kenal (kini bekerja dengan Asia Defence Journal) menjelaskan, beliau merupakan seorang wartawan yang telah disoal siasat.
5. Beliau kemudian dibebaskan tetapi semasa kejadian itu, beliau tidak menyentuh apa-apa pun dokumen yang berkaitan dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri sebaliknya mendakwa, kenyataan pembelian pesawat itu telah dimasukkan ke dalam “Press Kit” para wartawan yang hadir untuk satu majlis di Kementerian Pertahanan ketika itu.
6. Untuk kawan-kawan saya dan pembaca yang masih belum mengenal pesawat AEW&C, secara fizikal, ia merupakan sebuah pesawat yang mungkin menggunakan enjin kipas (turboprops) atau enjin jet.
7. Singapura misalnya mempunyai pesawat AEW&C jenis Hawkeye yang mempunyai kubah radar yang agak besar di atasnya.
8. Republik itu telah membeli empat pesawat AEW&C dari jenis Gulfstream G-550-AEW untuk menggantikan empat pesawat Hawkeye sedia ada.
9. Indonesia turut mempunyai kemampuan AEW&C dan telah memesan tiga Boeing 737-2×9 Surveiller.
10.Thailand pula bakal menerima pesawat Saab 340 yang dilengkapkan dengan sistem Erieye Radar, PS-890 tidak lama lagi.
11.Malaysia?? tertangguh dengan alasan ketiadaan bajet…atau pun kerajaan mungkin bimbang untuk berbelanja lebih dan dituduh membazirkan wang rakyat memandangkan masih terlalu ramai orang Malaysia yang malas membaca untuk mencari apa makna pesawat AEW&C dan kepentingannya kepada keselamatan rakyat serta pesawat TUDM.
12.Atau pun mungkin kerana kerajaan beranggapan, kepentingan rakyat seperti membina rumah kos rendah, mengawal kenaikan harga tepung dan beras lebih utama kerana ini memastikan mereka mendapat lebih sedikit undi untuk pilihanraya yang akan datang.
13.Sedangkan Singapura, walaupun ramai rakyat terjun bunuh diri dari flet-flet HDB mereka akibat kegawatan ekonomi, pembelian untuk petahanan tetap diutamakan kerana kekuatan tentera adalah tunggak kepada bangsa Singapura serta insuran kepada republik itu.
BAGAIMANA AEW&C BERFUNGSI
15.Saya tidak mahir dengan sistem peperangan elektronik, jadi saya jelaskan apa yang saya faham sahaja, sebagai contoh, pesawat Hawkeye Singapura mempu mengesan jet pejuang TUDM yang berlepas dari Kuantan kerana radar (aktif dan pasif) mereka mempunyai kuasa liputan sejauh 400 ke 500 kilometer.
16.Jarak ini lebih jauh dari capaian mana-mana peluru berpandu Surface to Air Missile (SAM) (Dalam bahasa Melayu-misil permukaan ke udara untuk tembak kapal terbang). Sebagai contoh misil SAM Malaysia yang terbaru dan tercanggih iaitu Jernas mempunyai jarak capaian di bawah lebih kurang 30 kilometer sahaja.
17.Hawkeye Singapura juga mempunyai kebolehan untuk mengawasi pergerakkan lebih kurang 200 pesawat (Jumlah pesawat Malaysia adalah kurang dari itu) dengan jejakan aktif dan pasif.
18. Jika menggunakan mod pasif, juruterbang TUDM sudah pasti tidak mengetahui bahawa diri mereka sudah pun dikesan.
19.Dalam senario peperangan di antara kedua-dua negera ini, Singapura sudah pasti lebih dahulu menjalankan operasi SEAD (Suspression of Enemy Air Defence) untuk memusnahkan sistem radar permukaan TUDM yang terletak di Butterworth, Bukit Jugra, Subang dan Genting Highland.
20.Pemusnahan sistem radar sangat kritikal untuk memastikan Singapura menguasai ruang udara.
21.Tanpa radar, juruterbang TUDM akan terbang dalam keadaan buta kerana pusat kawalan tidak dapat memberi vektor pesawat musuh.
22.Juruterbang TUDM ketika ini hanya bergantung semata-mata pada radar kecil pesawat mereka dan terbuka untuk menerima serangan misil musuh dari mana-mana arah kerana radar pesawat terletak di depan muncung dan boleh menerima kedatangan pesawat musuh dari arahdepan sahaja.
23.Sedangkan pesawat pejuang musuh sudah pun menerima arahan dari pesawat Hawkeye bahawa pesawat TUDM sedang terbang pada aras? dengan kelajuan? arah pergerakkan dan sebagainya, mereka ketika ini boleh menyusun strategi dan membuat serangan dari mana-mana arah.
24.Saya memberi satu contoh sebenar iaitu ketika peperangan di Bekaa Valley pada tahun 1982 di antara Syria dan Israel.
25.Israel ketika ini menggunakan pesawat Hawkeye (Sama dengan Singapura) dan memacu pesawat pejuang F-15, F-16 (Pun sama dengan Singapura) dan disokong oleh pesawat lama seperti F-4 Phantom.
26.Hawkeye Israel ketika ini sudah hampir memenangi pertempuran kerana dengan mudahnya sudah dapat menandakan pesawat-pesawat Syria yang sedang berlepas dan mengecam penerbangan mereka.
27.Untuk menewaskan pesawat MIG Syria yang sedang terbang dalam keadaan “buta”, operator radar Hawkeye Israel memberi arahan kepada juruterbang F-16 Israel untuk menyerang pesawat MIG Syria dari tepi.
28.Juruterbang MIG Syria tidak dapat berbuat apa-apa dan mati di dalam pesawat kerana sistem penerima amaran ancaman pesawat mereka hanya terletak di hadapan dan di ekor pesawat sahaja dan ini bermakna kedatangan peluru berpandu F-16 Israel dari tepi telah gagal dikesan.
29.Pesawat Hawkeye Israel juga dilengkapkan dengan sistem peperangan elektronik yang baik sehingga berjaya menganggu sistem telekomunikasi dan radar Syria sehingga pesawat-pesawat Syria terpaksa terbang secara buta (tanpa bantuan radar darat yang lebih luas liputannya).
30.Operasi selama satu hari ini berjaya memusnahkan 29 pesawat Syria, tanpa kehilangan sebuah pun dari milik Israel.

Moral kisah ini, tak payah lah nak bangga sangat dengan Sukhoi tu kalau kita masih tidak ada AEW&C, jadi lepas ini kalau Malaysia nak beli AEW&C tolonglah jangan jadikan isu politik lagi yaaaaaa.
Saya yakin kalau pengumuman AEW&C dibuat, mesti DAP akan bangkang dulu dan disokong oleh rakyat Malaysia yang lain, pasal DAP ini adalah parti serpihan PAP dari Singapura, licik sungguh jarum mereka untuk melemahkan benteng pertahanan bangsa Malaysia dari segi jangka panjang.

Selasa, 11 Oktober 2011

32 “Rahsia” Israel Yang Patut Anda Tahu


1. Tahukah anda bahawa selain bangsa yahudi, tidak dibenarkan membeli atau menyewa tanah di Israel?
2. Tahukah anda bahawa setiap bangsa yahudi yang ada di setiap Negara di seluruh dunia menjadi warga Negara Israel secara automatik? Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu terus diusir ke luar dari Palestin?
3. Tahukah anda bahawa penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan yang dicat dengan warna khas untuk membezakan antara bangsa yahudi dan bukan yahudi?
4. Tahukah anda bahawa Jerusalem bahagian timur, Tebing Barat, Gaza dan dataran tinggi Golan dianggap oleh masyarakat antarabangsa khususnya barat dan Amerika sebagai kawasan yang dijajah Israel dan bukan merupakan sebahagian daripada Israel?
5. Tahukah anda bahawa Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk bangsa Yahudi dan membahagikan 15% sisanya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel? Secara realiti, Israel memperuntukkan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya diberikan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu?
6. Tahukah anda bahawa Amerika menyalurkan dana 5 billion US dari penghasilan hutangnya setiap tahunnya untuk menyumbang kepada Israel?
7. Tahukah anda bahawa Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebesar 1,8 billion US setiap tahunn? Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di benua-benua Afrika?
8. Tahukah anda bahawa Israel juga menunggu bantuan perang tambahan sebesar 4 billion US dari Amerika yang terdiri dari pesawat pejuang F16, Apache dan Blackhawk? Dan kerana Amerika merupakan Negara gabungan utama bagi Israel, maka ia wajib memberikan semua kemudahan yang diminta Israel untuk menjamin kewujudannya.
9. Tahukah anda bahawa kerajaan Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan? Khususnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lubnan dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.
10. Tahukah anda bahawa Israel adalah satu-satunya Negara di Timur Tengah yang menolak menandatangani larangan pembangunan senjata nuklear? Dan menolak Pasukan Siasatan PBB untuk memeriksa tempat persembunyian nuklearnya?
11. Tahukah anda bahawa sebelum Israel wujud pada tahun 1948, mereka telah memiliki kilang pengembangan senjata nuklear?
12. Tahukah anda bahawa Pegawai Tinggi Israel di Jabatan Tentera mereka mengakui secara terang-terangan bahawa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestin tanpa proses pengadilan?
13. Tahukah anda bahawa Israel telah menyerang tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan antarabangsa pada tahun 1967? Walaupun serangan itu membunuh 33 tentara Amerika dan melukai 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan sebarang tindakan terhadap Israel? Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel tersalah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh Negara Islam?
14. Tahukah anda bahawa Israel merupakan Negara yang paling banyak mengabaikan resolusi negara PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel mencapai 69 buah. Bayangkan seandainya satu Negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika?
15. Tahukah anda bahawa pemerintah Israel menggunakan system politik pemeliharaan terhadap identiti rakyat yahudi agar tetap menjadi warga Negara itu?
16. Tahukah anda bahawa Mahkamah Agung Israel telah menetapkan Perdana Menteri Ariel Sharon sebagai terkecuali dalam kes pembunuhan Shabra dan Syatilla pada 16 September 1982 di Lebanon yang telah membunuh lebih dari 1000 orang Palestin terdiri dari anak-anak, wanita dan orang tua?
17. Tahukah anda bahawa pada tarikh 20 Mei 1990, seorang tentera Israel menyuruh para pekerja Palestin yang sedang menunggu bus di Halte untuk duduk berbaris di atas tanah, setelah itu ia menembak mereka dari jarah setengah meter? Tahu pulakah anda bahawa pemerintah Israel menyatakan tentera itu tidak bersalah dan bahkan mendapat penghargaan khusus dari pemerintah Israel?
18. Adakah anda tahu bahawa  sehingga tahun 1988, semua kilang dan pejabat di Israel hanya boleh melampirkan keterangan pekerjaan dengan kata-kata: “pekerjaan hanya untuk bangsaYahudi”, ” pekerja hanya boleh dipilih dengan syarat dia berbangsa Yahudi”?
19. Tahukah anda bahawa Jabatan Luar Negeri Israel membayar 6 jabatan media Amerika untuk menerbitkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah?
20. Tahukah anda bahawa Sharon mengajak Parti radikal Molodeit untuk menjadi gabungan utama dalam kabinetnya? Padahal parti itu beridealogi radikal dengan tujuan untuk membesihkan Israel dari luar kawasan yahudi dan pengusiran secara paksa seluruh warga Palestin dari Israel?
21. Tahukah anda bahawa Perdana Menteri Israel pertama, David Ben-Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh rakyat arab dari Israel?
22. Tahukah anda bahawa Rahib besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti ketiga terbesar di Israel) menyokong aksi tentera Israel untuk membunuh warga Palestin?bahkan ia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya paskah yang lalu dalam wawancaranya di sebuah rangkaian radio terbesar di Israel: “Tuhan akan membalas semua kejahatan warga arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabiskannya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan azab yang pedih. Oleh itu dilarang semua bangsa yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga arab, dan wajib bagi setiap yahudi untuk menembak mereka dan senjatanya hendaklah dihalakan ke arah dada dan kepala setiap warga arab untuk menghabiskannya, kerana mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk “… …
23. Tahukah anda bahawa pelarian Palestin terbesar di dunia?
24. Tahukah anda bahawa penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Palestin muslim untuk melawan penjajah yahudi?
25. Tahukah anda, walaupun Mahkamah Agong Israel sudah mengeluarkan keputusan pelarangan penyeksaan dalam proses pemeriksaan, tetapi Shinbet (Badan perisik Israel) tetap terus menyeksa setiap pejuang Palestin dalam proses pemeriksaannya?
26. Tahukah anda bahawa walaupun Israel terus mengganggu proses belajar mengajar dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi Negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doktor falsafah. Hal ini dilihat dari jumlah purata penduduknya.
27. Tahukah anda bahawa setiap manusia mempunyai hak yang sama yang dijamin oleh undang-undang HAM antarabangsa yang diterbitkan pada tarikh 10 Disember 1948? Tetapi tahukah anda bahawa undang-undang itu sama sekali tidak berlaku bagi penduduk Palestin? kerana dihalang dengan ditandatangani oleh perikatan OSLO?
28. Tahukah anda bahawa majoriti buku sejarah di dunia mengatakan Negara-negara arab yang menyerang Israel terlebih dahulu pada perang tahun 1967? Padahal faktanya, Israel yang menyerang Negara-negara arab terlebih dahulu kemudian mereka merebut kota Al Quds dan Tebing Barat? Tetapi mereka mengatakan bahawa serangannya itu adalah serangan untuk menjaga diri mereka?
29. Tahukah anda bahawa Israel sebagai Negara penjajah sama sekali tidak terikat dengan konvension Geneva untuk menjaga hak-hak dan keselamatan warga awam Palestin?
30. Tahukah anda bahawa perintah Perdana Menteri Israel Ariel Sharon sudah tidak dituruti lagi oleh tentera Israel? Salah satu contohnya adalah ketika ia melarang tentera Israel untuk melakukan genjatan senjata dan dilarang menembak, tetapi tentera Israel terus menyerang, menembak rakyat awam Palestin dan menghancurkan tempat tinggal mereka. Insiden paling memilukan andalah pembunuhan tiga wanita Palestin, padahal mereka sedang berada dalam khemah pelariannya?
31. Tahukah anda bahawa Israel terus melakukan pebagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al-Aqsa dan Qubah As-Sakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya?
32. Tahukah anda bahawa Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela mengatakan bahawa Israel adalah Negara rasisme dan apartheid seperti keadaan Afrika Selatan sebelum beliau memerintah?